NOVEL KESAYANGAN KU (LOVE)

NOVEL KESAYANGANKU

Wah nampak tak tajuk dia novel kesayangan ok ntah kenapa tetiba mood malam ni nak bercerita pasal novel pulak. Sebenarnya mood nak mengumpul novel ni bermula sejak dari zaman kanak-kanak purba lagi  kah kah tak silap aku masa form 1 ha....... . Al-kisahnya bermula bila aku pergi ke kedai buku dengan ayah aku dekat danau kota (sila bayangkan kedai buku sekarang!) cewaaahh memaksa pulak kan.Bila dah masuk dalam kedai buku tu aku macam org sasau yelah aku bukannya boleh tengok buku cerita mesti meroyan nyer lah......hahaha. Aku berjalan dekat setiap rak yang mempamerkan buku-buku cerita pastu aku tertarik dengan satu novel nie tajuk nyer kalkulator mylia. Bila aku baca sinopsis kt belakang novel tu aku jadi tertarik terus aku g kat ayah n ckp ngan ayah nak novel nie boleh (dgn muka terujanya mcm first time tngok panda kat zoo negara tu) hehe....bila ayah kata boleh aku rasa macam nak melompat je sebab gembira sangat. Balik je rumah terus baca n tetiba terniat kalau ada banyak novel kan best. Sejak aku niat mcm tulah minat nk mengumpul tu terus melekat kuat dkt hati aku sampailah sekarang tapi skrg ni aku baca novel dewasalah pulak x kan nak baca novel kanak-kanak kot...yelah aku sedar diri dah tuo....haha (tetiba touching).

Masa aku form 2 aku masih juga baca novel kanak-kanak dan remaja pantang dapat duit sikit mst ajk ayah beli novel...x pun ajak kawan2 karib aku masa form 2 hasnol n jannah kitorang g dkt mph aeon,wangsa maju lepas balik sekolah semata-mata nak beli novel hehe.....huhu tetiba teringat balik kenangan manis tu masa kitorang lepak sama2......aku nak tunjuk gambr skit ha...nilah dia novel kanak-kanak n remaja yang aku dah berjaya kumpul x delah banyak sangat...hehe






bila aku dah masuk form 3 minat aku terhadap novel kanak-kanak tu dah berkurang aku terminat pulak dengan novel dewasa sebab terpengaruh dengan kawan2 aku iaitu nora dan anis tapi yang jadi ketuanya anislah haha. Setiap kali ada novel baru mesti dia akan bagi tahu kitorang mula2 aku x lyn sangat tapi lama2 mcm best pulak.Secara x rasminya anis telah dilantik oleh kami sebagai ketua kelab kami dengan jumlah ahlinya seramai 3 orang kah kah. Sejak dari tu aku dah mula kumpul novel2 dewasa tapi tak ingatlah tajuk novel dewasa aku yang pertama. Sampai dah masuk u pun aku masih mengumpul lagi novel2 nie ala dh jatuh cinta dengan novel nak buat mcm mne kan biarlah org ckp membazir ke apa kalau dah minat x de fikir semua tu yang penting puas hati kih kih....Sebenarnya dengan membaca novel nilah aku banyak dapat pengalaman dalam hidup contohnya, mcm mana nak berjaya dalam pelajaran, tentang percintaan walaupun aku x ada pengalamn yg bnyk dalam percintaan tapi aku selalu dijadikan kauselor percintaan yang tak bertauliah oleh kwn2 aku yg ada mslh dlm percintaan (x pew la dpt gak meraso jd kaunselor...hik hik) n mcm2 lagilah banyak sebenarnya faedah yang kita dapat membaca tu jambatan ilmu semakin banyak kita membaca semakin banyak ilmu yang kita dapat.....betul x?? hehe




 novel2 yang dah berjaya aku kumpul sebenarnya banyak lagi tapi dah simpan dalam kotak hehe..(semua ni gambr lamo) aduh bila tengok novel2 ni rindu lah pulak...huhu


~pesanan utk kwn2, family, crush ke (klu adalah :-P ) kalau x thu nak bagi hadiah apa masa birthday saya bagi je hadiah novel k hahaha (gelak tah pape).



Ulasan